Friday, December 24, 2010

Mari ke SEOUL






Sekarang macam macam dah ada dekat Korea Selatan . Pembangunan Korea yang sangat maju telah menandingi Jepun yang suatu ketika dulu pembangunan dia pesat  . Korea juga telah bagi impak besar bagi seluruh penduduk Asia , dan sesetengah penduduk dunia yang lain . Especially by its songs, and movie . Rasanya semua orang sekarang pernah tengok cerita Korea . Kalau dalam family aku ni bukan setakat pernah tengok , tapi addicted to cerita Korea . Alhamdulillah mak aku fasih lah berbahasa Korea sikit sikit . Setakat percakapan seharian tu lulus lah :D Okayy bukan nak cerita pasal mak aku pun sekarang ni .

Apa yang aku cuba cerita kan ialah mengenai Korea , orang kata shopping dekat Korea best . Entah lah, aku belum pernah pergi . Tapi daripada apa yang orang ramai  cerita kat aku , aku yang tak pergi ni pun dah menggila kat rumah dengar cerita orang lain mengenai fenomena negara ni .

Tahun lepas kakak sedara dan makcik aku pergi , perghhh dorang borong macam nak bukak pavillion II kat Ipoh. Banyak tu takyah cakap lah . Berbanyak banyak . Kakak sedara aku beli banyak handbag . Mengikut kata beliau , design kat sana very "up-to-date" . Aku tengok pun terliur sebab memang cantik . TAPI , handbag handbag tersebut tidak mempunyai brand . Kira handbag tu takde mak ayah . Tapi kualiti tip top . Ada sesetengah handbag tu design dia menyerupai yang branded tapi telah di re-buat , dan dikeluarkan tanpa sebarang label . So , kira okayy lah kan . Lagi satu , shopping mall dekat sana yang biasa biasa pun exclusive gila . Kalah pavillion/starhill ofcourse . Dia punya rating macam Ion Orchard Rd , S'pore kot , or maybe more . Aku for sure tak tahu . Tapi kalau nak ikut macam dalam cerita tu , begitu lah gambarannya . Kakak sedara aku juga berkata , kalau orang gaji dua tiga ribu malaysia pun cuma mampu nak beli kat pasar pasar je . Tak mampu beli dekat mall , sebab harga yang mahal bukan sebab currency dia , tapi dia barang itself is expensive . Lagipun dia kata , barang barang korea ni jauh lagi menarik dari yang branded dalam mall .






Tapi maybe ada betul nya , tak semestinya yang dalam mall tu semua elok dan cantik belaka kan ? Baru baru ni pulak saudara aku pergi Korea , dorang pun bagai nak menggila tengok barang barang kat sana . Tapi dorang lelaki , minat shopping kurang . Cuma dorang borong posters and such . Minat sangat kat pemuzik dan artis artis sana . Rasa macam semua orang pun minat muzik Korea , muzik dorang sangat fresh and alive . Walaupun  dorang sebenarnya lip-sync masa live show , hee hee . Kalau tengok dalam tv dan youtube okayy lah , tapi kalau bayar untuk tengok live mesti hampa . Bayar mahal mahal untuk tengok orang lip-sync , baik tengok kat tv , tengok kat konsert pun bukan dapat salam atau pegang . Tapi one thing I must say , dorang sangat talented dalam menari , hampir semua pemuzik Korea boleh menari dengan baik , baik yang muda dan veteran * Encik Ismail dah pesan , golongan "tua" tidak gemar dilabelkan sebagai tua , sebaiknya gelarkan mereka sebagai veteran ataupun elderly dalam bahasa Inggeris, TERIMAKASIH En.Ismail/Ayah :D
*Seperti di atas post ni , aku dah letak satu video sebagai intro post ni . Video tu is mv clip by 2pm . Tajuk lagu is Fly To Seoul BOOM BOOM BOOM . Lagu promo untuk menarik minat para pelancong untuk melancong ke Korea . 2pm ni merupakan salah satu boyband yang boleh kata SANGAT famous bukan setakat dekat Korea , malah Malaysia . Tapi dengar kata , dekat Thailand lagi famous . Sales penjualan album dorang meningkat mendadak macam mercun . Dalam video ni , dorang ada lah tunjuk shopping mall yang bombastic tu , dan paling penting buah hati I dalam video tu hehehe *perasan*










Kalau nak cerita pasal cerita Korea pulak , aku rasa cerita Korea adalah cerita paling menarik dan paling masuk dek akal . Sebab nampak macam dorang sangat buat research bila nak buat satu drama tu , semuanya macam real . Contohnya , kalau dorang nak buat cerita kehidupan seorang kerani , dari wardrobe , rumah , gaya hidup , betul betul macam kerani yang gaji tak seberapa . Unlike cerita kat Malaysia . Kerani pun boleh duduk rumah dua tingkat yang ada swimming pool -.-' Parents aku yang dua dua dulu nya bekerja pun tetap tak mampu . And and , kalau dorang nak cerita pasal orang kaya , terlebih logik . Orang gaji dua tiga orang , kalau cerita tempatan , kadang kadang tak ada orang gaji . Logik ke ? Mana ada logik -.-' Lagi satu , semua pelakon Korea berjaya mengeluarkan chemistry mereka dengan baik sewaktu melakonkan scene scene pasangan bercinta, permusuhan dan such . Im so amazed with hasil lakonan dorang , kalau scene nangis memang menangis betul sampai aku pun nangis samping tumpang sedih . Kalau cerita kita , scene menangis je aku tertawa , sebab bukan nya dorang nangis . Setakat merahkan sikit sikit hidung , letak eye-mo kat mata . Aku taw berlakon tu perkara yang susah , maka dengan itu aku bukan pelakon . Tapi , kalau orang Korea boleh "feel" character dorang dengan so well kenapa tidak pelakon kita ? I guess sebab pelakon kita bukan well-trained . Semua pun pelakon pelakon Maggi hotcup . Lahir dari rancangan realiti tv penuh sensasi , konon sebagai penyanyi but end up being a pelakon . Jadi mana nak datang kualiti nye ?










Lagi mengenai cerita cerita Korea , from what I see , dorang tak pernah lupa root mereka , walaupun mereka dah makin maju tapi mereka masih mengekalkan adat dan budaya and such. Impressive kan , bukan nak kutuk diri sendiri dan negara sendiri , tapi dalam cerita Malaysia , semua pun macam nak "Americano" . Malahan cerita mereka seimbang , ada cerita modern dan ada old folks tale . Kadang kadang ada juga cerita yang mengisahkan zaman peperangan mereka dahulu yang secara tidak langsung member informasi serta meng-educate penononton mengenai sejarah Korea.  Orang Korea ni nampak sangat dorang punya cinta terhadap negara , pertama sekali melalui pemakaian mereka , up-to-date tapi buatan tempatan . Secondly kereta , dalam cerita Korea kebanyakannya mereka pakai kereta tempatan . Bukan macam kita , nak tunjuk kaya je bawak BMW . Tapi ye lah , Malaysia bukan nya banyak kereta exclusive yang boleh lambangkan kekayaan seseorang individu , paling paling pun Proton Perdana .






Rasanya sampai sini kot cerita mengenai Korea , banyak lagi cerita dia , tapi nanti sampai satu page korang baca bosan sangat pulak :) 

Aku post sekali video 2pm & Girls Generation , lagu tema Carribean Bay/Cabi . Carribean Bay ini salah tamn tema air terbesar kat Korea . Amazing tempat dia , dengan slide yang banyak dan macam macam ada .
For more info on whats Korea have to offer , please check Korea's official website .





No comments: