Wednesday, July 4, 2012

Opah

Assalamualaikum,


This entry is for my opah is grandmother, my mother's mother. She's more than just my grandmother, she's a good friend of mine. I don't know how to say this, but to me she's not ill. Opah cuma ada alzheimer and I don't think it's a huge deal. She's 87, what do you expect. Aku memang rapat dengan opah, sejak lahir lagi. Opah memang dah lama tinggal sekali dengan kami, dari aku lahir lagi. Rumah Bercham itu lah rumah ketiga opah, selepas rumah Pdg. Ampang dengan rumah Uncle Yob (my mother's eldest brother). So I've been staying together with my opah for almost 20years. At first, masa opah started to get Alzheimer, aku macam quite bengang. I was immatured at that time. Tahap kesabaran tipis, Alzheimer ni penyakit macam nyanyuk but I think it is nyanyuk. So at the beginning of it, opah kept repeating same stories, and opah lupa macam mana nak buka kipas and tv. Aku yang diusia 12-13, usia tidak mudah bersabar, cepat je nak marah selalu malas layan soalan dan cerita opah. Jahat, I know. Walaupun aku marah-marah opah, aku tetap sayangkan opah. Aku tidak pernah terbayang satu hari aku terpaksa terima berita such as "Opah dah takde dengan kita". That's just unacceptable. Bukan aku tak boleh terima qada' dan qadar cuma ...


Opah seorang yang sangat suka makan aiskrim, paling suka makan aiskrim cawan sebab opah tak pandai makan aiskrim batang. Masa aku separa kecil, darjah 5-6 macam tu, aku suka sangat kayuh basikal. Since she love icecream so much, she'd ask me to go to the shop and get her icecream. And sometimes I'd buy her a tub of icecream. Apa yang paling aku ingat pasal opah ialah opah merupakan cikgu matematik aku yang paling tiptop. Opah sekolah sampai darjah tiga, tapi opah lah yang paling cekap dalam kira kira. Opah yang selalu ajar matematik, and aku yang benci matematik ni, selalu cari alasan bila opah nak ajar matematik, selalu saja lari ikut pintu belakang selamat kan diri. Lagi satu, opah ini pantang dengar orang ada gigi goyang. Mesti opah nak cabutkan, opah selalu tak bagi pergi dentist sebab katanya membazir. Kalau gigi aku goyang, aku selalu diam. Aku bagitahu mak je, I'd never let opah know about it. Sebab opah mesti akan nak tolong cabutkan. She'd tie gigi yang goyang tu denga thread and ikat benang tu dekat pintu, lepas tu tarik pintu tu. Gigi tu confirm tercabut. Kelakar pun ada. Not just that, opah suka tolong cuci kan daki belakang telinga, tapi sakit gila. Sampai nak menangis, sebab opah akan pakai minyak masak untuk gosok. Memang sakit cerita dia. 


Sebenarnya, opah merupakan orang yang penting dalam hidup aku. Aku tak pernah bayang akan kehilangan opah. Last Wednesday, aku sempat balik Ipoh jenguk opah lepas dapat tahu opah tak sihat. Tapi aku rasa relax je, sampai lah aku sampai Ipoh dan tengok sendiri keadaan opah. Aku tak pernah tengok opah sebegitu lesu. Opah tak pernah macam tu sepanjang opah dekat rumah Bercham. So it was very hard for me, to see her in such condition. Opah dah berapa hari tak lalu makan, tak lalu minum. Opah demam, bila panggil doktor, doktor boleh senang lenang cakap makcik ni memang tak boleh hidup lama dah. Aku tahu aku tamak sebab aku nak opah yang dah 87tahun itu terus hidup. Tapi adilkah bagi doktor itu untuk menyatakan sesuatu seperti itu kepada kami yang harap opah dapat bertahan. Aku memang tak dapat nak tahan air mata masa tengok opah. Sebulan lepas baru aku ziarah opah, suapkan opah aiskrim,baring dengan opah, gelak dengan opah, aku sempat cerita pasal Baby dekat opah tapi tak dapat nak tunjuk gambar sebab aku rasa aku boleh bawa orang itu jumpa opah. Tapi semua itu harapan, maka hari rabu petang itu aku terus balik Shah Alam sebab Jumaat ada paper French. 


Keesokan hari, as aku goreng keropok lekor for breakfast mak received call from Uncle Kamali. Nada suara mak terkawal, tapi bila mak sebut nama Pak Por aku dah mula rasa semacam. Mak sikit tak menangis sebab terkejut, aku tanya mak banyak kali sebelum mak sempat letak telefon sebab aku memang dah rasa lain. Lepas mak letak je, mak cakap yang opah dah takde. Takde perkataan yang sesuai untuk gambarkan betapa aku terkejut. Aku rasa macam mimpi, aku rasa macam aku tengah tidur, macam aku tak dengar sebenarnya apa yang mak cakap. Aku takdapat tahan airmata lagi. Selepas inform kakak aku, aku bagitahu kawan aku yang sorang ni sebab as soon as aku sampai Shah Alam, dialah orang yang sembang dengan aku pasal opah. Dia orang first yang tanya condition opah. 


Tengah hari tu juga aku dan boyot terus balik Ipoh. Bila sampai rumah Aunty Nor, aku nampak opah dekat living room. Aku masih rasa macam mimpi. Aku tak sanggup nak pergi tengok, pedih dekat hulu hati yang tak terkata. Macam ada luka kecil tapi pedih, perit sangat. Aku sempat cium opah untuk diri sendiri dan dia. Aku lap airmata sekering kering mungkin, agar tiada airmata aku menitis di tubuh opah. As soon as aku cium opah for the last time, I ran to my mother. Aku menangis macam budak kecik dekat mak, uncles aku cuma mampu datang usap kepala aku dan cakap jangan menangis. Hari rabu aku bawak balik instax, niat nak tangkap gambar dengan opah. Tapi terlupa. Kenangkan lagi seminggu nak balik Ipoh lagi, aku pun cakap lah takpe lah kalau macam tu, dah terlupa. Minggu depan mesti tangkap dengan opah. Tiba tiba minggu depan mesti tangkap dengan opah itu something yang impossible. Sampai tanah perkuburan, as aku tengok orang tu  kambus tanah tu semula, air mata aku mengalir macam air terjun tapi dalam keadaan terkawal. Aku terkilan sebab aku takde disisi opah disaat saat akhirnya. 


Terlalu banyak kenangan aku dengan opah, aku terlalu rindukan opah. Walaupun aku tersenyum dan tergelak pada luaran, dalam hati aku tak siapa nampak lautan yang aku tangisi. Aku cuma harap Opah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan semoga Opah tenang nun jauh disana. Al-fatihah.


I Miss You Opah, I'm gonna miss you forever. 






Love, 

Ija :) 

No comments: