Sunday, June 13, 2010

Hari dan rambut yg kering,



Shah Alam nih sangat panas, dan uh bosan -.- . Bosan bukan kerana aku jarang "hangout" , tapi sebab dekat Shah Alam ni , mall dia macam "nenek's mall". Bukanlah aku nak show-off yang aku ni seorang yang bercitarasa tinggi, serta hanya melepak di tempat yang hebat. Tetapi Shah Alam nih lagi kuno daripada Ipoh . Setakat nih aku belum jumpa kedai Esprit ke Mng ke Butik pakaian Guess, dan sebagainya . Cuma yang ada Jakel, Gulati's Silk House, Kitchenware, D'rias, British India, Belle, dan sebagainya .

Sini memang definitely kawasan kejiranan kemelayuan . Wait wait , dah jauh dari tajuk .

Semenjak aku duduk menetap di Shah Alam nih, aku dapati kesihatan rambut aku semakin menurun, teruk jadi nya . Semakin kasar dan kering . Antara punca utama ialah kerana aku sudah bertukar shampu . Daripada Sunsilk Co-Creation ciptaan Tedd Charles kepada Loreal Elseve Nutri Gloss . Tidak dinafikan Loreal Elseve Nutri Gloss juga hebat , tapi " not to my hair " .

Disamping itu, hati aku juga menjadi kering bersama rambut dan hari hari yang dilalui disini . Ternyata aku anak sejati Ipoh . Aku sayangkan Ipoh . Aku sering cuba untuk menganggap penghijrahan ini ibarat aku berhijrah untuk menuntut ilmu di negeri orang, negara aku . ha ha .

Tapi, sukar juga ye . Hurmm macam mana tu ?


6 comments:

Safrinaz Safry said...

we should exchange places. I should be in Shah Alam while you should be in Ipoh ! HAHAH :D

blacksheep said...

haha yes yes :D
Heyy dekat shah alam nih, mana korg lepak ?

Safrinaz Safry said...

which section do you live in ?
biasanya :
1.extreme park sek 13
2. kedai mamak
3. out of shah alam ! choices :
- sunway
- mid valley
- Pavillion
- Bukit Bintang , BB
4. it depends on you and your friends.

*but biasanya lah , lepak kat kedai mamak je , that's what Shah Alam-mers do best :D hahah

blacksheep said...

urk =.='
Aiyorrkk , I got no friends over here :( Gonna make one soon ! :D

Extreme park ? Buat apa ? How do you guys go around dekat sini ? Bus ?

Safrinaz Safry said...

you serious nak naik bas ?
hahahhaha :D i kat sana guna teksi hahahhahah :D :D it depends lah , extreme park ada - burger king , KFC and pizza and there's like skate section. But oklah . oh and ada tmpt baru kot sana - iCity dkt seksyen 7. oohhhh , bestnya you dpt belajar kat sana :) my parents rancang suruh i belajar je kat Ipoh and i was like " wtf .. taknaklahh " . hahahhaah :D :D

blacksheep said...

Ohh i-city . jalan kaki jea dah sampai . i duduk section 7 now .
erm extreme park cm jauh jea .
i slalu gy sacc mall, masalam . jalan jalan jea . hahaha
and mcd section 2 .