Sunday, April 18, 2010

Webcam




Sedihnya bila hampir semua komputer riba yang dimiliki rakan rakan ku mempunya "WEB CAM".
Aku sudah sangat ketinggalan . Komputer riba yang aku gunakan kini sebenarnya bukan milik aku pun, namun setelah kakak aku membeli yang lagi satu, aku telah dikurniakan komputer riba ini . Bukan aku tidak bersyukur , tetapi komputer ini sudah " OUTDATED " bak kata budak sekarang. Sebenarnya aku boleh lah beli additional webcam yang pakai kabel tu . Tapi biasa lah aku memang terkenal dengan sifat kedekut aku terhadap membeli barangan gadget seperti pendrive lah , external hard disc, mouse, cooling pad, dan segala yang perlu . Kerana aku seorang penggila fesyen yang akhirnya tidak juga menghabiskan duit ku kearah kecenderungan ku itu . Aku seorang kutu rayau YEAH, aku kuat jalan. Pantang duduk diam dekat rumah . Asal ada kenderaan dan pelawaan maka aku terus bersiap .


Dah tersasar dari cerita pulak . Ermm so , aku tak pernah jadi nak beli webcam tuh . Komputer riba ni jenama NEC keluaran tahun . Korang teka lah . Saiz dah macam menu dekat restoran. Berat macam CPU . HAHA Sebenarnya kakak aku beli komputer riba ni tahun 2005, Zaman dia belajar kat UITM ARAU, PERLIS . Dulu komputer riba ni tiptop . Sekarang lingkop .

Walau apa pun aku tetap tunggu keputusan IPTA keluar . Sebelum sambung baru beli komputer riba aku sendiri punya . Yang baru dah tentu ada webcam attached pada bahagian atas komputer riba tu . HEHE , Boleh lah mak usha muka aku kalau aku dapat IPTA jauh jauh HEHE .

Rupa yang seakan cacing . WEEE~

Untuk minah minah atau mat mat boonga


Reka bentuk yang sangat " advance" ? in 1 .



This is sooo me <3

No comments: