Sunday, December 4, 2011

kerepek sedap

Salah satu sebab kenapa aku suka berlakon dan teringin nak jadi pelakon bukan sebab aku nak kejar populariti atau glamour. Tapi aku suka get in character , aku suka nak explore pelbagai perasaan yang tidak dapat aku rasa dalam kehidupan sebenar. Aku suka nak memperluaskan perasaan aku , lakukan perkara yang aku tak dapat buat dalam realiti. Lakonan bagaikan canvas aku.

Kalau reality aku tak dapat rasa "cinta sejati" , aku nak bawa watak berkaitan cinta sejati . Aku nak lakonkan watak yang pelbagai , yang mampu mencabar batasan emosi aku. Kerana aku tahu , hanya lakonan mampu berikan aku kepuasan dari segi emosi. Aku cuma nak luahkan yang terpendam , katakan yang terdiam .

Kerana aku adalah aku ,
Si becok di mulut yang realitinya bisu di hati ,
Kerana aku rasa adalah salah untuk menangis dimata ,
Kerana aku rasa adalah salah untuk biar tangisan dilihat ,
Seolah itu jenayah.

No comments: