Friday, November 19, 2010

Bila larut malam .



Bila larut malam , aku sering terfikir kan perkara yang sudah yang tidak berapa hendak sudah sebenarnya . Ye tepat sekali aku seorang yang berego tinggi dan aku warisinya dari ayah . Akan tetapi aku rasa itu perkara yang terbaik yang dapat aku lakukan dan patut aku lakukan . Aku boleh bohong , tetapi perit ditelan kadang-kadang .

Bila malam aku sering teringat kamu dan kamu dan usia muda yang lalu . Bukan bermakna sekarang aku sudah tua kerepot seperti opah/nenek bercucu tiga puluh orang . Tetapi zaman sekolah aku yang dahulu . Zaman aku baru ingin mengenali dunia . Zaman aku baru keluar dari kepompong .

Banyak yangterjadi antara kita , kebetulan mungkin . Tetapi mungkin juga takdir . Aku tahu kau tidak percaya bila aku kata aku benci kau . Sebab itu memang bohong . Tetapi kalau kita masih bersama , belum tentu kita akan terus bahagia sebagaimana kita "happy" sekarang .

Pokok nya aku rindu kau . Macam macam kita lalu bersama , dan betapa kejam aku telah jadi kerana patahkan hati dia untuk kau . Aku serba salah , tetapi kau yang berjaya lembutkan hati aku .

Sayang seribu kali sayang . Aku sudah semakin matang *maybe* . Tapi kau ? Masih dengan permainan kau . Aku jemu , aku mengalah kerana aku letih dipersalahkan dan berebut . Aku tahu dia sayang kau sangat sangat . Aku tak mahu dia terluka , jadi aku mengalah . Walaupun aku mengalah , kau tetap tidak memberi dia apa yang patut dia miliki .

Damn rindu sangat . Bila dengar lagu Fynn Jamal ,




Awak selalu lembutkan hati saya yang kasar . Awak lembik kan semangat saya yang tak berapa nak kuat . Awak selalu buat saya rasa yang saya sangat berharga .
Dan saya sangat suka perasaan itu , ternyata tiada seorang pun mampu buat saya rasa begitu . Namun , saya tetap tidak mahu kita bersama selagi awak tak berubah , sebab saya sudah tidak mahu main tarik tali . Saya dah bosan . Saya hendak pergi melayari bot persiaran di lautan yang tenang walaupun kadang kala bergelora , tetapi tiada tali yang akan putus .

Tolong cari saya kalau awak dah bersedia . Saya akan tunggu , tetapi saya tidak berharap . Sebab saya tahu akan ada yang lebih baik . Tetapi saya cuma nak awak tahu saya rindu awak . Andai kata awak lah orang nya , saya akur .

Saya masih ingat lagu lagu ini serta myspace music itu okayy , serta beberapa account myspace awak yang ada sahaja nama saya sebagai url dan location awak :)

Lagu ini awak letak dalam myspace music.




Awak menangis masa awak nyanyikan lagu ini kat saya masa 1st date . Sangat hargai air mata awak itu :)

Terima kasih kerana pernah sayang dan singgah dalam hidup saya.



Sekian , terima kasih sekali lagi :)

No comments: