Friday, October 16, 2009

Kejujuran yang paling penting

Dalam mana mana dan apa apa perhubungan, perkara yang paling penting ialah kejujuran diantara satu sama lain. Tak kira betapa pedih atau buruk fakta itu, kita terpaksa terima dengan hati yang terbuka dan cuba untuk merubah nya.

Semalam si dia bertanya pelbagai soalan seloah tidak mahu lagi meneka hati dan perasaan. Walaupun aku seakan tidak percaya dengan persoalannya, aku tetap menjawab dengan ikhlas. Maafkan aku, aku tidak sengaja menceritakan hal ini kepada kawan kawan mu, namun mereka lebih mengetahui nya.

Dia ingin tahu akan masa silam ku, jadi segalanya aku ceritakan satu per satu. Walaupun aku rasa dia pasti membenci aku untuk itu, namun dia berhak tahu dan menilai aku sendiri. Setelah aku bongkarkan semuanya, dia yang kini semakin jujur dengan aku menceritakan kenapa dia beralih arah dan meninggalkan aku buat seketika. Walaupun alasan nya itu aku anggap kurang relevan untuk otak ini menerima, aku tetap mendiamkan diri.

Rupanya kata kata kritikan dan tohmahan daripada rakan rakan nya yang tidak begitu mengenali aku sudah cukup untuk memesongkan fikiran dia terhadap aku. Aku akui aku bukan sebaik yang dia atau sesiapa menyangka, tetapi itu tidak bermakna aku tidak patut diberikan peluang kedua keatas kesilapan yang pernah aku lakukan dahulu. Adilkah aku diperlakukan sebegni ? Orang yang tidak begitu mengenali aku cuba menghukum aku atas kesalahan yang beratnya tidak seberapa.

Dia berkata aku bersikap paranoia kerana aku sering dibayangi kekasih lamanya dan beberapa gadis yang menggilai dia. Apakah yang harus aku lakukan bila gadis itu pernah menjadi rakan karib aku sendiri dan aku amat pasti akan tabiatnya ?

Beruntung nya aku atas kejujuran nya dan apa yang pasti kata kata nya amat meyakinkan. Aku tahu aku mampu percayakan dia. Aku tidak akan lagi meragui nya .
Saya sayang awak :) Terima Kasih.



Ketika ini mendengarkan lagu When You Tell Me That You Love Me nyanyian Julio Iglesias & Coco Lee

No comments: