Thursday, October 8, 2009

Aku sendiri tak pernah pasti apa yang patut aku buat untuk kekalkan satu friendship.
Bila aku rasa aku dah usaha keras, sebenarnya usaha aku tu tak lah keras mana.
Bila aku rasa kawan aku, rupanya sayang aku tu tak lah kuat mana.
Aku taw semua orang ada kelemahan, aku pun ada gak.
Aku taw semua orang buat silap, sebab aku pun buat juga.
Tapi bukan ke dalam persahabatan yang kita jalin tu mesti ada give and take ?
Tapi kenapa aku rasa macam aku je yang asyik give tapi tak terima apa apa balik.

Bak lagu IMRAN AJMAIN-SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku bukan lah hadap sangat apa apa return.
Cuma aku terasa penat yang teramat sangat bila aku perlu menyedapkan hati dan menjaga hati

SEMUA ORANG

Aku juga tak mahu bergaduh dengan teman teman,
2009 tahun terakhir kami bersama,
Tapi apa harus aku lakukan bila teman tak mahu menerima kekurangan dan kesilapannya ?
Aku semakin buntu,
kerana ternyata aku amat sayangkan mereka.


No comments: