Pedih seseorang tak semua yang tahu. Rupa luaran bukan segalanya. Gambaran sentiasa boleh diubah. Mengapa sesetengah tidak memahami atau cuba untuk memahami? Perlukah segalanya dinyatakan secara lisan? Dimanakah letaknya akal dan fikiran? Buta akal boleh dicelikkan tetapi buta hati?
Pedih hati megetahui kenyataan. Namun kenyataan mengajar. Suka atau tidak segalanya suratan takdir. Namun apakah memang sudah takdir aku untuk menyaksikan kawan baik sendiri bersama dengan seseorang yang pernah aku sayangi? Adil kah ini bagi aku? Dimana salahku?
Acap kali terfikir, adakah dia akan melayannya sama seperti aku dilayan dulu? Apa yang membuat dia lemah dan rebah kepangkuannya? Seringkali aku terpinga apabila mendengrar rakan yang lain menyebut nama dia. Sudah terbiasa mendengar ****sherry. tiba tiba menjadi ****w** .
Aku cuba tabah dan tunjukkan rasa yang aku tumpang gembira atas kebahagiaanya. Namun sampai bila harus aku menipu diri sendiri bahawa aku sebenarnya amat kecewa dan sakit hati? Menangis seorang diri apabila teringat kisah mereka. Tetapi sampai bila perlu aku tangisi? Dimanakah hilangnya sifat setiakawan? Dunia memang pelik. Kehidupan tidak selalunya indah. Di atas bukan selalunya tempat kita. Turun naik surut pasang bukan kuasa kita.
Aku teringin untuk membalas namun balasanNYA lebih kuat dan binasa. Terserah kepadaNYA untuk melakukan segala. Sebagai hamba, aku hanya diam dan akur. Lagi pula aku masih muda. Masih banyak onak dan ranjau yang perlu aku tempuh demi meneruskan kehidupan. Disini dengan penuh kekesalan ingin saya nyatakan , kepercayaan saya terhadap manusia sudah semakin pudar. Percaya diri sendiri dan jangan bergantung kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment